Kepada sesiapa yang masih baru dengan Bandar Alor Gajah, akses dari Lebuhraya Utara Selatan adalah melalui Exit Simpang Ampat/Alor Gajah....selepas Tol, belok ke kiri dan menghala ke Bandar Alor Gajah. Lokasi homestay D'Bayu ini berdekatan dengan Masjid Bandar Alor Gajah / PETRONAS Bandar Alor Gajah....
D'Bayu Homestay yang terletak di KM 2203, Jalan Melor 2, Taman Seri Bayu Alor Gajah Melaka menjanjikan keselesaan kepada penghuninya. Memiliki 3 bilik, dan 2 tandas, serta dilengkapi dengan perabot dan peralatan asas rumah seperti TV, ASTRO, air-cond dan dapur untuk memasak.
Lokasi strategik ini membolehkan pengunjung bersiar-siar di Bandar Alor Gajah tanpa menggunakan kenderaan (jarak yang sangat dekat). Jalan utama Alor Gajah pula memudahkan perjalanan ke Stadium Hang Jebat, TESCO Cheng, dan ke Bandar Melaka. Bagi yang meminati air kolam panas, berkunjunglah ke kolam Air Panas Gadek untuk merasakan terapi air panas.
Pemilik homestay ini, mesra dengan panggilan Pakman inginkan pengunjung merasakan ketenangan dan tidak membebankan dengan harga yang mahal. Sewa yang dikenakan hanyalah RM200 semalam. Namun, harga boleh dirunding untuk mendapatkan pakej yang ideal dengan hasrat pengunjung.
Sila hubungi beliau di talian : 017 265 1275 (call / sms / whatssup) ..... Selamat Beristirehat ya
No comments:
Post a Comment